Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH



DI MANA KHAZANAH TERSIMPAN

Photo AlbumDec 3, '08 8:22 AM
for everyone




BAGI PEMINAT HARDCORE MAJALAH GILA-GILA.  DI SINI SAYA POSTKAN INFO MENGENAI MAJALAH DAN ARTIS ARTISNYA. Dan bawah tu koleksi Gila-Gila Lama...







MEGAMOVIE- sebuah karya Ambo yang menampilkan kombinasi filem kepada kartun dalam terjemahan pelukisnya. Mungkin tak sama tetapi cukup menghiburkan dan membuatkan anda ketawa sampai pengsan!






KOMPILASI SHAH SHAWATI..merupakan kompilasi terbaik sentuhan Amir Astar. Penuh gelagat suka duka budak sekolah. Mungkin kompilasi ini akan mengimbau dunia persekolahan anda dulu yang penuh nostalgia..








KOLEKSI LEE INAS- penuh jenaka bersahaja dan memberi input yang memberangsangkan minda...dapatkan koleksi emas ini, terbaik daripada Lee inas!






  • Anda mahukan karya animasikan bercirikan local content? Nantikan produk animasi dari kartun yang terdapat di dalam majalah Gila-Gila. Antara Judul-judul karya kartun yang terpilih ialah
  • MAWAR OH MAWAR, PEWIRA MAT GILA, TAN TIN TUN- karya Asal Allahyarham Rejabhad.
  • AYOP ANAK TULAKANG- karya Asal Nan
  • SANG KANCIL - Karya Asal Jaafar Taib
  • Namun begitu terdapat juga siri baru seperti 'PENYU TERAKHIR', QABILAH, SILATRON, OPY P.I dan BALANG.
  • Produk Animasi ini adalah hasil kerjasama pihak CESB dan EPICT yang telah dimeterai pada 29 ogos 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Turut hadir memberi sokongan ialah Ikon Kartunis Malaysia- Dato' Lat
  • Dijangka terdapat 130 episod pelbagai judul akan dibangunkan dalam masa 5 tahun ini.
  • Salah satu studio animasi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui eFarm ialah studio ANIM@ter ( Animation at Terengganu) di bawah naungan EPICT. studio ini mempunyai 130 animator yang beroperasi dengan keluasan 35000 kaki persegi.
  • Produk animasi local content ini disasarkan akan setanding dengan studio produksi animasi antarabangsa seperti Singapura, India, Filipina dan Korea Selatan.







Cabai satu nama yang cukup besar dan berpengaruh. Cabai merupakan kartunis wanita paling popular di Malaysia. Koleksi kartunnya Tiga Dara Pingitan sesuai dijadikan bahan bacaan anda. Tiga Dara Pingitan adalah karya terbaik Cabai sepanjang kariernya sebagai kartunis popular.








Aza pelukis kartun bisu paling popular di Malaysia. Kebijaksanaan Aza menghasilkan kartun bisu membuatkan pembaca terbahak-bahak ketawa. Dapatkanlah koleksi kartun bisu Aza ini sebagai koleksi peribadi anda.















Ujang merupakan kartunis yang popular dengan karya-karya yang unik dan menarik. Memiliki karya ujang amatlah istimewa kerana setiap karyanya mempunyai kekuatan dalam lukisan dan jalan ceritanya. Jadikanlah koleksi ini sebahagian daripada koleksi bacaan anda.











Zainal Buang Hussien merupakan kartunis veteran yang mempunyai stroke kartun yang cukup menarik. Lakaran dan ideanya cukup bersahaja dan mempunyai mesej yang pedas.
Koleksi Zainal Buang Hussien memberi kelainan dalam penampilan karya kartun dan anda pasti terhibur membacanya.


















Allahyarham Rejabhad(Pak Jab) merupakan kartunis veteran yang pernah mendapat jolokan sebagai Raja Kartun. Kebanyakkan kartun Arwah Pak Jab merupakan catatan- catatan kecil melalui penelitian dan kajian peristiwa di sekitar dirinya.


Pak Jab banyak membantu pelapis-pelapis baru melukis kartun. ianya terbukti melalui komitmennya mengelola ruangan Senyum Uda dan Dara. banyak tips dan nasihat yang diberikan membantu pelukis mengenali jati diri dalam berkarya. Kartunya juga sesuai untuk semua golongan dan masyarakat.


Koleksi kartun Allahyarham Rejabhad sememangnya patut di baca dan dimiliki kerana ianya merupakan Sebuah Lagenda Humor yang Agung.













Jaafar Taib seorang pelukis yang serba boleh. koleksi kartun beliau membuktikan segalanya. Jika anda mahu bergelak ketawa dengan humor selamba beliau dapatkanlah koleksi-koleksi ini dipasaran atau order terus dengan CESB sdn bhd (borang order dalam majalah Gila-Gila pun ada).
Lukisan kartun Jaafar Taib juga sangat sesuai dijadikan rujukan dan banyak membantu pelukis kartun pelapis dalam menghasilkan karya kartun mereka.




Masih ramai kartunis GG yang belum sempat saya paparkan seperti Bob Asri, Nat, Oly, John Jawa, Ida, Amir Astar, Azhar, Senapon, Roslim, Lee Inas, Bor, Baha Onan dan ramai lagi. Sama ada kartunis ini sudah lama berkarya dalam majalah Gila-Gila ataupun yang masih baru. Insya Allah jika ada maklumat terkini akan saya paparkan di masa-masa akan datang.

Kesemua mereka ini sememangnya amat berbakat besar dan mempunyai pengaruh masing-masing. Karya-karya mereka terus subur di hati pembaca dan mungkin menjadi pendorong kepada pelapis akan datang.

Tahniah diucapkan kepada mereka semua...kerana merekalah yang membuka laluan dan menjadi panduan kepada hala tuju untuk kartunis hari ini terus berkarya.






Nuds adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak. Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej. Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG dan ONCE UPON A TIME. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak, Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh bermesej.

Antara kartun Nuds yang popular ialah SEMBANG-SEMBANG, OPIS CORNER dan NUDIN.Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila, anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru) dan kompilasi ONCE UPON A TIME. Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds ini juga merupakan satu penghargaan buat semua peminat-peminat beliau.








Bagi peminat kartun Majalah Gila-Gila pasti masih ingat dengan satu watak kanak-kanak yang cute bersama pakciknya.


MANJALONG boleh dianggap satu sentuhan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kartunis Cik Li. dengan lukisan kartun yang kemas dan menyakinkan Cik Li berjaya menghidupkan watak MANJALONG agar terus kekal dan segar diingatan pembaca.
Cik Li juga berjaya menghasilkan satu koleksi MANJALONG dalam KURMA DAGING ANITA. perjalanan ceritanya masih berkisar tentang hubungan kekeluarga, Cinta , setia kawan dan masyarakat sekeliling. Sentuhan karya Cik Li dalam koleksi KURMA DAGING ANITA berjaya membuat pembaca tergelak dengan gelagat Manjalong dan pakciknya, disamping tersentuh emosi dengan sedikit konflik yang muncul dalam hidup mereka.


sedikit info juga untuk pengetahuan korang bahawa kartunis Cik Li merupakan salah seorang kartunis yang menganggotai kumpulan GG Group dalam album pertama mereka bertajuk 'Hairan' dan pernah tampil berlakon dalam telemovie bertajuk 'POYO' bersama kartunis lain.
Walaupun kini agak sukar melihat karya terbaru beliau namun begitu sentuhan Cik Li melalui karya MANJALONG sukar ditandingi oleh kartunis lain kerana karya ini seakan-akan mempunyai jiwa yang agak luar biasa sehinggakan MANJALONG kekal dihati peminat-peminatnya.


Jika anda rindukan Manjalong anda boleh mendapatkan koleksi BIOKARTUN GG Group kerana terdapat koleksi MANJALONG di dalamnya. Tahniah buat kartunis Cik Li.








Ramzahurin Noutwill (Ram) merupakan kartunis Gila-Gila yang cukup popular dengan kartun Eighty Something, Mat Kuyup dan Don Parasit.

Beliau juga merupakan anggota kumpulan GG Group. Selain aktif melukis kartun Ramzahurin juga berpengalaman dalam menghasilkan karikatur. Beliau pernah bergandingan dengan kartunis kulat menganjurkan KEMBARA KARIKATUR. Menerusi Kembara Karikatur, GG Group akan melukis karikatur wajah para peminat mereka dengan kadar bayaran yang murah, iaitu RM10 hingga RM15. Ia boleh disiapkan dalam tempoh 10 minit sahaja.
Selain dapat berhubung secara terus dengan para peminat, projek tersebut juga bertujuan untuk membuktikan kemampuan mereka yang sebenar dalam bidang melukis kartun.
Kini Ramzahurin masih aktif berkarya untuk majalah Gila-Gila.







Ruhisham Hashim ( Kulat ) merupakan ketua bagi kumpulan GG Group.
Kartunis Kulat pernah menghasilkan kartun MAT METAL yang sangat popular di majalah Gila-Gila.

Selain melukis untuk majalah, kulat juga banyak menghasilkan kartun dalam bentuk kad ucapan. Kulat kini masih aktif melukis untuk ilustrasi buku. Terbaru, Siri Cereka Sains terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. (Up&D) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia MBBY). UP&D turut memenangi hadiah penghargaan melalui penulisnya iaitu Ruhisham Hashim (Kulat) dan beberapa penulis lain. Antara Karya ilustrasi Ruhisham Hashim (kulat) ialah The Legend of Flying Cats, Clokie the Talking Clock Tower, Celebrating with the Annual Dwarf, Papie the Magic Paper dan The Greedy Doctor Barr.
Bagi Kulat pula, karya-karyanya berfungsi sebagai medium kepada pendedahan awal kanak-kanak terhadap dunia buku dan pembacaan. Oleh itu, ia disampaikan menerusi ilustrasi yang menarik. Latar belakang beliau sebagai kartunis dan ilustrator banyak membantu mengenal pasti pendekatan dan bentuk ilustrasi yang sesuai dalam sembilan siri karya tersebut.
(sumber: utusan)
Kulat juga ada menghasilkan video klip animasi lagu 'HAI OBAT' nyanyian saiful apek, bob ku2, dan brudu. link blog kulat:-http://www.kulatt.blogspot.com/

Kenangan Kulat bersama kumpulan GG Group sukar dilupakan peminat. Buat mengubat kerinduan hayatilah lirik lagu GG Group yang pernah Hits: -

Balada Cinta Romeo.

Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang
Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang

Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
Kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andai antara kita
Ada lautan api sayang
Akan tetap ku renang
Tapi selepas hujan sayang

Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang

Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang...







Boy PJ atau nama sebenarnya Noor Azman Samsuddin, Berasal dari teluk intan, Perak. Berbakat besar dalam lukisan kartun, penulisan dan nyanyian.
Karya popular yang dihasilkan ialah Malaysia Meriah dan Pulau Jouy and the gang. Boy Pj pernah berkhidmat dengan berita harian sebagai wartawan. Namun begitu, beliau kembali semula ke GG dan menghasilkan album bersama kumpulan GG Group. GG Group dianggotai oleh Kulat, Aloy, Cik Li,Ramzahurin dan Boy Pj. Album pertama mereka telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dijual melebihi 40,000.Album pertama sebenarnya lebih bertujuan untuk mempromosikan majalah GG. Anda boleh layan youtube -video klip lagu Belek lagilah yang dimuatkan di bahagian bawah blog ini.
Namun begitu album kedua mereka tampil agak berbeza sedikit kerana ianya menampilkan kisah kehidupan dalam masyarakat serta memberikan suntikan moral yang membina.Menerusi album kedua mereka yang masih mengekalkan penerbit Azmeer. Antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Antara Aku dan Jutawan, Minah Dollah, Angkara Siapa, Keroncong Untuk Suparti, Nak Ke Tak Nak, Konkrit Kasih, Yang Nombor Satu, Lagu Biasa dan Hairan.
Akibat pelbagai dugaan melanda dengan ahli kumpulan yang silih berganti. Akhirnya mereka terpaksa akur GG Group terpaksa berpecah dan berkubur. Rata-rata peminat GG Group juga berasa amat kecewa dengan perpecahan kumpulan ini. Bagi anda yang ingin memiliki Album GG Group ia masih terdapat di GG corner -pejabat CESB, Bangsar.
Boy Pj menganggap kumpulan GG Group telah memberi pengalaman berguna kepada dirinya dalam bidang rakaman album dan juga sebagai penyanyi. Boy Pj bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu Cik Li, Azam dan Azwin aktif menjalankan perniagaan dalam bidang karikatur di sekitar Lembah Klang.






Asan dilahirkan pada tahun 1970. Asan antara sebilangan kartunis yang datang bersama humor yang semulajadi. Asan memulakan langkahnya di pelbagai majalah kartun, antaranya menerusi ruangan Bakat Kita di majalah Gelihati. Pada tahun 1990, Asan menerima tawaran untuk bertugas di majalah Batu Api.

Namun, disebabkan masalah-masalah kewangan, Batu Api di bawah kendalian Don tidak bertahan lama. Asan kemudiannya berhijrah ke majalah Gila-Gila. Di majalah Gila-Gilalah, beliau mula terkenal dengan kartun Jaki Jipangnya. Selain itu, beliau turut menghasilkan kartun Pendekar Jaki, di majalah Gila-Gila.

Asan adalah di antara kartunis yang mempunyai stroke yang menarik dan agresif. keistimewaan Asan ialah beliau mampu mencalit terus dakwatnya ke kertas tanpa perlu lakaran pensil terlebih dahulu. Beliau mempunyai ingatan yang kuat terhadap sesuatu objek atau perkara yang mahu dilukiskannya tanpa melakukan rujukan terlebih dahulu. Asan juga merupakan kartunis yang membawa banyak pembaharuan dalam penyampaian humor samada melalui dialog ataupun visual. Di antara karya popular Asan ialah Pendekar Jaki, Jaki Jipang
Sumber ihsan : website Darialmarikartun.







Azha Hamid (Aloy) dilahirkan pada 13 Februari 1967. Aloy memulakan kariernya menerusi ruangan Bakat Kita di majalah Gelihati. Atas kegigihannya, banyak kartun-kartun beliau mendapat tempat di majalah Gelihati. Dalam pada itu, beliau turut mencuba nasib di majalah Batu Api.

Beliau kemudian diterima bekerja di majalah Batu Api pada tahun 1989. Batu Api ketika itu masih di bawah pengurusan Mishar, pengasasnya, dan berpusat di Bangsar, Kuala Lumpur, sehinggalah ditutup operasinya pada tahun 1991. Kemudian Aloy bersama kartunis-kartunis yang lain seperti Nud's, Asan dan penulis Leemadnoor berhijrah ke Gila-Gila. Di sana, beliau memulakan siri strip kartunnya, Sidek Superstar. Pada ketika itu, Gila-Gila diketuai oleh kartunis Ujang.

Aloy juga menerima banyak tunjuk ajar daripada Jaafar Taib, Pengarah Urusan majalah Gila-Gila, sehinggalah beliau mampu menghasilkan stroke kartun yang baik. Sehingga kini, Aloy masih lagi berkarya untuk majalah Gila-Gila. Aloy juga kerap menghasilkan cover untuk majalah GILA-GILA sebelum ini.

Aloy juga berkebolehan menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Beliau pernah menganggotai kumpulan GG Group bersama Boy pj, kulat dan Ramzahurin. Antara karya popular Aloy ialah Teater Takut,Sidek Superstar dan Tauke
(sumber ihsan: website darialmarikartun.)






Reggie Lee merupakan satu-satunya kartunis berbangsa cina di Majalah GILA-GILA.
Reggie Lee lahir di Pulau Pinang dalam tahun 1958. Beliau merupakan anak seorang tukang jahit. Reggie Lee adalah anak keempat dari lima beradik.

Karya pertama beliau tersiar dalam GILA-GILA pada bilangan 25, 1 September 1979. beliau menimba idea dari peristiwa-peristiwa biasa, tetapi diolah mengikut tafsiran seorang kartunis dan humoris. Karya beliau banyak menyentuh aspek kebudayaan dan kehidupan masyarakat cina, walaupun dalam bentuk lucu dan kadangkala menyindir.

Reggie Lee pernah bertugas sebagai pengarah seni di sebuah agensi pengiklanan terkemuka. Kini aktif dalam PEKOMIK. Manakala karya kartunnya yang popular ialah koleksi Reggie Lee dengan GILA-GILA, MADE IN MALAYSIA (koleksi kartun berbahasa Inggeris terbitan berita publishing – 1984), Can or Not.

Kartun Reggie Lee juga turut menjadi penghias papan tanda iklan ke Subang Jaya, iklan badan-badan kerajaan dan NGO. Rujuk- http://www.reggielee.com/







Mohd. Nordin Yusoff (Ambo) lahir pada 16 ogos 1967. Beliau berasal dari Tumpat Kelantan.pada umur 15 tahun Ambo telahpun membuat pameran solo di sekolahnya.
Beliau mula berkarya pada tahun 1988. beliau berkarya di majalah GILA-GILA pada tahun 1992.

Beliau merupakan salah seorang pelukis karikatur yang hebat di Malaysia. Pernah dianugerahkan Pelukis karikatur terbaik di Pameran Kartun Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada April 2001. Datuk Lat berpendapat "Ambo membawa kita memahami pengaruh kuat yang ada pada seni karikatur. Wajah -wajah yang dihasilkan diatas kanvas berbentuk skulptur, dipahat, patung lucu dan sesetengahnya seperti topeng pak lawak...semuanya lukisan jenaka yang meninggalkan kesan yang tajam...itulah sebabnya Ambo menjadi salah seorang karikaturis pilihan utama kita.."

Di antara karya-karya beliau ialah Mega movie (terbitan CESB), Kisah Betul 9terbitan CESB), Koleksi Megastar Caricature (terbit di Singapura) dan Lakar koleksi karikatur terkini (terbitan Rhythm publishing)

Kini beliau membuka syarikat sendiri iaitu HOT SKETCH ENTERPRISE.






Zainal Osman (Nan) adalah kartunis yang menghasilkan cerita bersiri Ayop Anak Tulakang yang masih disiar semula oleh GILA-GILA. Kartun tersebut antara rating tertinggi sewaktu penerbitan Gila-Gila di era tahun 1980an. Karya ini kemudiannya diterbitkan dalam bentuk koleksi.
Siri kartun Din Teksi turut mendapat tempat dikalangan pembaca Mingguan Malaysia dan mempopularkan nama Nan. Selain itu, Nan turut menghasilkan kartun untuk imej korporat sebuah institusi perbankan.





Abdul Rahim bin Muda. Itulah nama sebenar IMUDA. Beliau lahir pada 13 Disember 1959 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke – 6 daripada 8 orang adik beradik. Imuda cenderung pada bidang lukisan sejak zaman persekolahan lagi. Komik pertama hasil karya beliau bertajuk “Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Tamat SPM pada tahun 1978, Imuda melangkah kealam pekerjaan. Kerjaya pertama Imuda adalah di United Book Company iaitu sebuah syarikat penerbitan buku. Imuda pernah menjadi pelukis illustrator Majalah Dunia Kanak-kanak. Kemudiannya beliau berpindah kerja dan menjawat jawatan Penolong penulis di DBP.
Kerjaya Imuda kini bukan sahaja dapat dilihat pada bidang lukisan kartun, potret dan karikatur sahaja. Imuda membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berbakat dalam semua lapangan bidang seni sama ada berlakon, menyanyi, pengacara, pelawak.

Kartun Imuda iaitu MAT GELAP pernah di animasikan dalam Filem ‘MAT GELAP’. Imuda turut berlakon dalam filem tersebut. Nama imuda terus bersinar apabila sitcom paling popular beliau ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu mencatat rating sitcom paling mendapat sambutan di TV3.

Watak Budin yang dilakonkan oleh Imuda sememangnya mencuit hati seperti karya kartun beliau. Menurut Hatta Azad Khan “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan Pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.” Itulah kebolehan Imuda. Di Antara Karya kartun Imuda yang popular ialah Koleksi Imuda, Imuda vs Yushimura dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini Imuda sering muncul dalam sitcom Salam Pantai Timur dan Geletek.






Kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor. Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. Cabai pernah menerbitkan majalah sendiri iaitu Majalah Cabai -ekslusif untuk wanita.

Di antara karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah Tiga Dara Pingitan.
Manakala karya hebat cabai ialah Joyah sport, Makcik Wok, Usop 2020.






Abdul Razak b. Sofhi @ Subhi (AZA). Beliau dilahirkan di Sanglang, Kedah pada tahun 1966., dan kemudiannya dibesarkan di FELDA Padang Piol, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau mula berkarya sejak zaman persekolahan lagi. ketika itu, kartunnya digemari oleh rakan-rakan hinggakan ada yang meminta beliau melukis pada beg sekolah masing-masing.

Kartun pertama beliau terbit buat pertama kalinya di Majalah Gila-Gila pada tahun 1984. Kehebatan Aza melukis kartun tanpa dialog ini boleh di umpamakan seperti jelmaan Sergio Aragones iaitu salah seorang pelukis kartun mexico yang terkaya di USA. Aza berkarya bersama GILA-GILA hampir 24 tahun. Karya kartunnya sememangnya sangat menghiburkan hati para pembaca .

Antara karya Aza yang cukup popular dan mempopularkan nama beliau ialah Belek Belek, Aza Looks At…, Aza’s Jokes, Fiesta, GG Looks At… dan satu karya hasil Kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang iaitu Welcome to Malaysia.

Aza boleh dikatakan juga sebagai Otai dalam menghasilkan kartun tanpa suara. Karya-karya beliau menjadi rujukan kepada pelapis-pelapis baru yang ingin menhasilkan kartun bisu. Aza berjaya menyebabkan pembaca tertawa dengan jenaka bisunya yang cukup bersahaja.

Kini Aza cuba menghasilkan karya berdialognya yang terbarunya di dalam Majalah Gila-Gila iaitu Sesat Di Kuala Lumpur dan mencipta satu lagi sejarah baru dengan karya KOMANNA hasil sentuhan beliau dan rakan lamanya Ujang.kartun Aza juga terdapat di papan tanda Kempen anti Dadah di kawasan Felda.





Zulkiflee Anwar Haq atau lebih popular dengan nama Zunar merupakan kartunis politik tersohor. Zunar lahir pada 15 Mei 1962. Beliau merupakan anak kelahiran Kedah.

Zunar mula berkarya di Majalah Bambino. Kemudian beliau melukis kartun secara serius dalam majalah humor Gila-Gila sekitar tahun 1986. selain itu, beliau juga sering menghantar kartun untuk akhbar Berita harian, Akhbar-akhbar politik dan laman Web.

Zunar popular dengan karya Gebang Gebang dan Ofis Corner di majalah Gila-Gila. kartun-kartun beliau berjaya menarik perhatian pembaca dan ideanya cukup sinis. Ofis Corner merupakan kartun yang menyindir kakitangan pejabat yang berbagai karenah.

Kini Zunar lebih gemar melukis kartun politik. selain itu, beliau aktif dalam sebarang bengkel kartun dan menjadi penceramah khas kepada bakal-bakal kartunis.






IBRAHIM ANON atau lebih popular dengan nama Ujang berasal dari kg. Juasseh, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ujang merupakan kartunis generasi kedua di Majalah Gila-Gila. Pembabitan awal Ujang dalam dunia kartun bermula pada awal 80 an. Berbekalkan bakat dan lukisan kartunnya setebal 24 muka surat yang bertajuk ‘ Hikayat Ujang Senang’, beliau bertemu dengan Jaafar Taib di Pejabat Creative Enterprise. Bermula di situ En. Jaafar Taib telah melatih Ujang membuat kartun-kartun satu petak dahulu dan pertama kali telah disiarkan dalam Majalah Gila-Gila pada bilangan 130, keluaran 1 Feb. 1984. Lukisan kartun ‘Hikayat Ujang senang’ telah disimpan untuk diperbaiki semula. Pada tahun 1985 karya tersebut telah disiarkan.

Ujang pernah mengegarkan animasi kartun Malaysia dengan siri Animasi -‘Usop Sontorian’ sekitar tahun 1993-1996. Animasi Usop Sontorian sekaligus telah menjadi perintis kepada animasi bersiri pertama di Malaysia. Animasi Usop Sontorian ini telah diterbitkan oleh Kharisma Pictures dengan menggunakan tenaga animator anak tempatan sepenuhnya. Usop Sontorian yang ditayangkan melalui RTM. Apa yang membanggakan ialah animasi Usop Sontorian ini telah bertahan ulang tayang di TV sehingga tahun 2000. Terbaru 'Usop Sontorian' mendapat tempat di pasaran luar negara. Ianya merupakan satu pencapaian yang baik untuk animasi tempatan.

Ujang pernah menjadi pengarah Syarikat penerbitan dan menerbitkan Majalah Sendiri - UJANG,VARIA LAWAK, LANUN, BULETIN LUBUK dan MALIM PELITA.

Di antara karya beliau ialah Koleksi Ujang, Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian. Selain itu juga dia turut menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir, Fiona. Novel JIBAM akan diadaptasikan ke bentuk filem iaitu ‘JIBAM the Movie.

Ujang merupakan kartunis yang mempunyai pengaruh yang besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau juga banyak melatih dan melahirkan generasi pelapis yang berbakat besar pada hari ini.

Ujang sentiasa mengingatkan kartunis agar memahami undang-undang hakcipta agar karya mereka nanti tidak dimanipulasi pihak lain.






Allahyarham Rasyid Asmawi di lahirkan pada 14 November 1957, di Bagan Datuk Perak. Kemudian beliau dibesarkan di Taiping. Cita-cita asal beliau untuk menjadi penulis novel, namun begitu beliau tetap berbangga kerana dapat berkarya dalam bentuk kartun.

Rasyid Asmawi sememangnya kartunis yang berbakat besar dan berpengaruh. Antara Karya sentimental beliau yang mendapat perhatian ramai ialah ‘From Taiping With Love’, terkenang semasa dulu, keluarga cikgu Mat pencen, 4 bujang lapok, 4 kaki ekor dan hikayat jutawan belacan sememangnya sangat evergreen dan dirindui.

-Al- Fatihah buat Allahyarham Rasyid Asmawi.







Mohamad Hanafiah Ibrahim ataupun lebih di kenali dengan nama KERENGGE lahir pada tahun 1958. Beliau bukan calang-calang kartunis kerana mempunyai kelulusan Graphic And Art Design, ITM. Beliau mula berkarya bersama sebuah Majalah kanak-kanak yang dikelolakan oleh Allahyarham Uncle Sam di Kuantan. Ketika itu beliau baru tamat persekolahan sekolah menengah.
Kemudian beliau menghasilkan kartun 3 segi 4 segi bersama sebuah komik ala Beano dan Dandy terbitan Abu Hassan di Kuala Lumpur.

Kerengge kemudian berkarya bersama majalah Gelihati dan akhirnya ditawarkan masuk ke majalah Gila-Gila. Disinilah beliau berkarya bersama kartunis dan illustrator hebat seperti Azman Yusof, Jaafar Taib, Rejabhad, Tazidi, Rasyid Asmawi, Long, Don dan ramai lagi.

selain itu, beliau pernah juga berkarya bersama Majalah Batu Api yang ditangani oleh Mishar. Kini Kerengge menceburi bidang pendidikan yang bersangkut paut juga dengan seni lukis. Antara karya popular Kerengge ialah 3 segi 4 segi, Dairi Rang Bujang dan banyak lagi.






Long adalah antara pelukis kartun yang agak lama berkarya, berasal dari Melaka. Jun Hairi, Tih dan Minah Bobo adalah di antara nama pena yang pernah digunakan dalam karya-karyanya dalam tahun pertengahan 1970an - 1980an.
Long mula menyertai Gila-Gila secara rasmi pada tahun 1982. namun begitu beliau sudah pun menyumbangkan kartunnya sejak keluaran pertama majalah Gila-Gila pada 1 April 1978 dengan mengunakan nama samaran Jun Hairi. Long popular dengan karya SPEKTRA sebuah majalah info sains.

Majalah GILA-GILA adalah gelanggang tempat beliau berkartun dengan serious - HANTU ORANG adalah strip kartun strip bulanan. Siri tersebut amat sinis dan diselangi tanggungjawab sosial dan berunsur dakwah. Kemudian beliau diberi tanggungjawab untuk menjadi editor HUMOR sebelum menyertai Batu Api. Beliau kembali ke CESB setelah Batu Api menghentikan penebitannya. Antara koleksi popular beliau ialah kartun English level 122, DELIMMA, TOYOL.





Mohd. Tazidi Yusof (TAZIDI). Beliau dilahirkan pada 9 Jun 1959 di kuala Sayong, Kuala Kangsar Perak.

Tazidi mula berkarya sejak zaman persekolahan lagi. beliau menghasilkan cerita-cerita pahlawan, perang dan menjual kepada rakan-rakannya. ketika di tingkatan 5 (1978-1979) beliau memberanikan diri menghantar kartun ke Majalah Gila-Gila. Pada tahun 1980, Tazidi secara rasmi menjadi kartunis tetap di Majalah Gila-Gila. Pada tahun 1988 beliau berkarya bersama majalah Batu Api dan membuka produksi sendiri untuk kerja luar seperti membuat ilustrasi dan kartun untuk iklan. Tazidi juga trlibat dalam pembikinan animasi iaitu sebagai pereka latar belakang animasi. Beliau turut aktif berkartun dan melukis komik Badang untuk akhbar Mingguan Malaysia(1990).

Kartunnya yang menyerlah ialah Tarzan dalam Gila-Gila. Beliau adalah salah seorang AJK Pekartun. Kini mengambil alih jawatan Presiden PEKARTUN, dan banyak terlibat dengan pameran Asian Cartoons Exhibition.

Tazidi merupakan pelukis yang berpengalaman luas dalam penerbitan dan pengiklanan. Selain itu, beliau aktif berpameran sejak 1980. Beliau juga merupakan barisan kartunis tanah air yang memenangi Anugerah Philip Morris Art Competition dalam kategori pilihan terbaik sekitar tahun 1998.

Kini Tazidi menjawat jawatan sebagai Pengarah Kreatif di Craftmen Of Soliloquy Sdn. Bhd.






Mohamad Hassan (MOHAS), berasal dari Johor. Mohas adalah pelukis komik dan ilustrator dari kumpulan Dewan Bahasa dan Pustaka, penglibatan beliau amat ketara dalam bidang itu dalam era 1970an hingga 1990an.

Komik beliau yang pertama ialah bersama Penerbitan Knight dengan judul 'Pahlawan Kebal'. Komik tersebut adalah genre perang dan temanya ialah berkisah pejuang Palestine membebaskan tanah air dari belenggu musuhnya.

Mohas juga turut melukis komik strip bersiri untuk Utusan Pelajar. Genre dan tema yang digemari beliau ialah cerita peperangan terutama di zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Selain medium Utusan Pelajar, beliau turut menyumbang komik untuk FANTASI. Ilustrasinya turut menghiasi novel-novel terbitan DBP.







Zaharudin Sarbini merupakan diantara pelukis komik yang telah menghasilkan komik-komik klasik dengan CESB. Pelukis dari kumpulan Utusan Melayu ini adalah diantara pelukis komik yang sentiasa aktif.

Beliau amat dikenali dengan komik sejarah dan lagenda tanah air. Gaya lukisannya yang kemas dan meyakinkan membantu pembaca menghayati jalan cerita yang dipersembahkan dengan berkesan.

Antara karya-karya komik klasik beliau ialah Merong Mahawangsa, Raja Bersiong, Dang Anum, Tun Fatimah dan banyak lagi.





Abd. Fatah Ngah (Fatah) merupakan kartunis yang popular sekitar akhir 70 an. Fatah berasal dari Paka Terengganu. Beliau mula berkarya sejak tahun 1978. Fatah aktif berpameran sejak tahun 1980.

Fatah juga satu nama yang besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau bukanlah sebarangan kartunis yang mudah dicari ganti. Beliau adalah antara kartunis generasi pertama yang merangsang dan menunjang kebangkitan kartun pada akhir 70 an bersama kelahiran Majalah GILA-GILA. Lakaran yang diwakili garisan-garisan yang halus hasil tarikan stroke yang rapi dan diadun pula oleh sapuan berus yang begitu menyakinkan telah menonjolkan kekuatan kartun-kartunnya. Watak-watak yang dicanai dalam ceritanya adalah begitu hidup dengan loghat bahasa yang bersahaja menjadikan ceritanya begitu realistik.

Kekuatan kartun Fatah juga bukan sahaja dapat dilihat melalui persepsinya yang teliti, malahan perkara-perkara yang kecil sekalipun, yang sering dilupai ditonjolkan dalam kartun-kartunnya. Karya Fatah kebanyakkannya sering menggunakan latar budaya dan sosial masyarakat melayu luar Bandar.

Kartunis tersohor Negara Datuk Lat juga amat mengagumi bakat Fatah, ini terbukti apabila ditanya pendapat beliau mengenai seni kartun di Malaysia, beliau akan menunjuk kepada Fatah.

Bakat Fatah tidak hanya pada kartun, malah jiwanya yang halus itu peka juga terhadap seni muzik. Fatah juga amat berkebolehan mengesek biola. Malahan Manan Ngah juga pernah mendapat pendedahan awal muziknya daripada Fatah.

Antara Karya Popular beliau di Majalah GILA-GILA ialah ‘Lagak A. Mahmud’.




KARYA :
Perhentian Geting, Pengkalan Kubur, 1997.
Azman Yusof (b. 1955);Watercolour; 149cm x 95cm.



Azman Yusof, lahir pada tahun 1955 di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan salah seorang Pengarah Penerbitan CESB ketika mula ditubuhkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelukis komik dan ilustrator ulung di Malaysia. Hasil sentuhannya dapat dilihat dikebanyakkan novel-novel terbitan CESB. Azman Yusof mula menceburkan diri dalam bidang komik melalui Tiada Maaf Bagimu di Syarikat Penerbitan Knight - sekitar 1970 an- sebuah komik format 40 muka surat bersaiz A5.



Azman Yusof mula berkarya bersama-sama dengan Mohas, Nik Nordin, Rizalman sebagai kartunis bebas. Beliau masih lagi aktif melukis dan cukup terkenal dengan media cat minyak, warna air dan akrilik hingga kini.



Sebelum menyertai CESB, beliau terlebih dahulu menjadi ilustrator kepada syarikat Amir Enterprise yang menerbitkan majalah Kisah Cinta, majalah Sarina dan novelet-novelet terbitan syarikat itu. Kebanyakkan hasill karyanya dalam bidang komik disumbangkan kepada majalah Bambino dan Rina (Syarikat Suarasa) buat beberapa tahun sebelum penubuhan CESB.
Ketika bersama majalah GILA-GILA, beliau menyumbang Lipat-Lipat dan poster-poster kalendar menarik seperti pahlawan Melayu 5 Bersaudara.






Nama sebenar beliau ialah Jaafar Bin Taib. Beliau dilahirkan pada 28 Julai 1952, di Kpg Tanjong Rimau, Alor Gajah, Melaka. Jaafar Taib Merupakan Pengarah urusan syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd, Pelukis/Ilustrator, Kartunis, penulis.

Jaafar Taib merupakan satu nama yang cukup besar dan disegani oleh semua kartunis dulu dan kini. Jaafar Taib memulakan karier di dalam bidang seni lukis lebih dari 25 tahun yang lalu sebagai seorang illustrator, dan pada hari ini beliau telah pun mencapai reputasi yang teguh di dalam dunia penerbitan. Beliau tidak hanya berjaya sebagai seorang kartunis dan ilustrator bahkan telah berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan yang disegani. Jaafar Taib menjadi penasihat Kehormat bagi Persatuan Penggiat KOMIK Malaysia (PEKOMIK) bersama Datuk Mohd Khalid ( Datuk Lat ) dan Reggie Lee.

Salah satu sumbangan beliau bagi arena kartun di Malaysia yang terbesar kerana telah berjaya menubuhkan dan menerajui syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan yang mengumpulkan antara artis-artis dan karyawan seni berbakat dan mahir di tanah air.

Bakat semula jadi Jaafar Taib terserlah melalui berbagai aspek seni lukis, termasuk melalui figura manusia dan haiwan, dan juga hasil-hasil kerja seni yang mengabungkan elemen-elemen kebudayaan.

Antara karya kartun beliau adalah Laugh with Jaafar, Kalau, Jungle Jokes, SIRI cerita-cerita SANG KANCIL dan novel Gelap Menanti Cerah.







Saadon Ishak (DON) merupakan kartunis yang mempunyai karya yang berpengaruh sekitar tahun 70 an. Kartunis Don berasal dari Grik, Perak.
Bagi peminat majalah kartun GILA-GILA pasti tidak pernah lupa gelagat kanak-kanak riang 'Dan Din Don' suatu ketika dahulu. 'Pengembaraan Pendekar Mata Tiga' juga siri kartun beliau yang mendapat sambutan luarbiasa dari pembaca. manakala kartun 'APAK' yang membongkar kisah masyarakat ayam. Membaca karya-karya Don umpama melihat diri sendiri dalam cerminan masa lampau. ada waktu kita akan tercuit dan terasa walau dalam gelak tawa. Dan ada waktunya kita seperti ingin kembali melewati zaman yang telah berlalu.

Sumbangan Don terhadap Dunia kartun tempatan cukup besar dan bernilai. Stroke kartun beliau sangat di kagumi hingga ke hari ini. Ianya terbukti melalui kompilasi ‘APAK’ telah diterbitkan oleh pihak Creative Enterprise sdn bhd telah mendapat sambutan pada pesta buku Antarabangsa 2008. Pihak Creative juga bercadang akan menerbitkan lagi karya kartun Don yang lain agar ianya terus segar di hati pembaca dan menjadi sumber rujukan kartunis hari ini.
Kartunis Don juga terlibat dalam pembinan filem animasi kedua Malaysia, 'Putih'. Beliau kini telah mempunyai ruang melukis karikatur di sebuah pusat membeli-belah bertempat di Bukit Bintang. Pelanggannya terdiri dari pelancong dan pengunjung tempatan pusat membeli-belah tersebut. Lukisan berbentuk karikatur hasil karyanya juga sering menghiasi kain rentang periklanan produk sebagai daya tarikan kepada pengunjung.
(Gambar dan sedikit artikel sumber : Saudara Jonos)





Pelukis ilustrasi dan kartunis tidak asing lagi, Zainal Buang Hussein (Pak Jenal) , yang juga merupakan bekas Presiden Persekutuan Kartun Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun) merupakan seorang pengkarya yang kreatif. walaupun dalam kesibukan melukis, beliau sempat menghasilkan 10 buah novel dan tiga koleksi buku kartun setelah melibatkan diri dalam penulisan sejak 1988.
Menurutnya, dia minat membaca novel sejak di sekolah menengah kerana sudah mengenali novel karya beberapa penulis seperti Yahya Samah dan Rejab F.I.Beliau mula menulis novel setelah bekerja sebagai pelukis di Syarikat Creative Enterprise pada 1975 hingga 1996. Sepanjang tempoh itu saya menghasilkan 10 novel. Setiap novel yang beliau hasilkan beliau sendiri yang akan melukis kulit depannya. beliau berpendapat dengan cara itu ianya akan memberikan satu kepuasan kepada diri beliau sebagai pelukis dan penulis.
Walaupun Zainal Buang Hussein menulis novel, tetapi dia lebih dikenali khalayak sebagai pelukis kartun kerana bakat beliau sendiri yang sememangnya melukis kartun. Buku kartun lukisan beliau ialah Koleksi (1997), Nostalgia (1998) dan Seleksi (1999) dan KUTU.

Novel tulisan Zainal Buang ialah Debu-Debu Di Kaca (1993), Di Ulit Mimpi, Serakah (1994), Gelombang (1995), Sugar Dady (1995), Kasanova (1996), Cinta Di Perumputan (1997), Kumal (1997), Kekasih Abadi (1997) dan Meniti Gelombang (2006).

Dia juga pernah membuat ilustrasi bagi ruangan cerpen, kulit buku dan majalah terbitan Kumpulan Utusan. Sejak beliau berhenti dari Creative , beliau lebih gemar menulis dan melukis. Hasrat beliau adalah untuk mengadakan pameran lukisan.
*(Sumber: Akhbar Utusan)






KOLEKSI KARTUN ALLAHYARHAM REJABHAD YANG SANGAT BERNILAI.


Rejabhad layak di gelar Bapa Kartun Malaysia yang terulung.
Nama sebenar beliau ialah Jab bin Had.
Beliau lahir pada 23 Ogos 1939 dan berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kartun pertama beliau pernah tersiar dalam majalah gelanggang filem (terbitan Allahyarham tan Sri P Ramlee) keluaran Julai 1958 (ketika itu berusia 19 tahun). Sebelum beliau bergiat aktif dalam dunia kartunis, Rejabhad sebenarnya pernah berkhidmat sebagai anggota tentera.

Menurut beberapa sumber - Rejabhad pernah berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menghalau komunis dari kawasan pedalaman sewaktu zaman selepas merdeka. Beliau telah melukis satu kartun ringkas dalam bahasa China lalu dicetak dalam bilangan yang banyak serta diedarkan melalui kapal terbang dengan cara mengugurkan karyanya itu seperti peluru ke kawasan pedalaman untuk dibaca oleh pihak komunis. Kartun itu menceritakan tentang keadaan Tanah Melayu dan keadaan komunis ketika itu. Beliau juga pernah dijemput menemui menteri bersama beberapa rakan kartunis lain di dalam sebuah bilik khas untuk membantu kerajaan membenteras gejala dadah. Dia adalah satu-satunya askar pencen yang pertama dijemput menyertai batalion askar yang masih aktif dalam menjalankan tugas.

Kejujuran dan keikhlasan Rejabhad untuk melihat lebih ramai kartunis lahir bagi mewarnai arena kartun Negara dapat dilihat melalui kesungguhan beliau dalam mendidik kartunis pelapis. Mereka yang pernah mendapat tunjuk ajar dari beliau ialah kartunis tersohor Dato Lat, kartunis Juragan dan boleh dikatakan sebahagian besar kartunis Malaysia (tahun50-an hingga 2000) pernah mendapat tunjuk ajar darinya.

Beliau juga telah mempunyai galeri peribadi di Pulau Pinang. Selain itu, kartunnya yang berjudul ‘Tan Tin Tun’. pernah diminta oleh seorang penerbit untuk difilemkan dan dijadikan satu cerita lawak untuk rancangan bersiri TV. Untuk mengenang jasa dan menghargai perjuangan beliau maka pihak syarikat Creative Enterprise (penerbit Majalah Humor- Gila-Gila ) telah memberi kebebasan untuk berkarya selama mungkin yang beliau mahu.

Allahyarham Rejabhad meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat penyakit jantung. Kehilangan beliau dalam arena kartun tanahair terlalu sukar untuk dicari ganti.

Kini hanya koleksi kartun Allahyarham Rejabhad menjadi pengubat rindu dan rujukan kartunis yang baru dan lama antaranya ialah Perwira Mat Gila (tiga jilid), Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogayah, GG Dengan Rejabhad, Prebet Dabus, Senyum sedikit (dua jilid), Pisang emas Jalak Lenteng dan Amal (anak Periwara Mat Gila).

Kehilangan Raja Kartun ini bukan bermakna tamatnya sebuah Perjuangan dan pergorbanannya. Generasi hari ini harus ada rasa tanggungjawab untuk meletakkan martabat kartun di Malaysia setaraf dengan kartun Antarabangsa tanpa membuang identiti, nilai hidup dan budaya masyarakat kita. Biarlah identiti kartun negara kita menjadi ikutan di arena Antarabangsa, bukannya kita yang terlebih mengikut identiti kartun mereka.

Allahyarham Rejabhad pernah berpesan khusus buat semua kartunis Malaysia iaitu
"Kartunis harus lebih berhati-hati dalam mengadaptasi setiap gaya asing, kerana setiap orang tahu bahawa berjayanya sesuatu kartun tertentu adalah tergantung pada penerimaan masyarakat. Kartunis tempatan seharusnya mempromosikan budaya kita sendiri daripada menpromosikan gaya dan budaya asing lain."

-Al-Fatihah buat Allahyarham Rejabhad.-



















Datuk Muhammad Nor Khalid (LAT)























Datuk Mohamad Noor Khalid (Kartunis Lat) 56 tahun, merupakan senior kepada kartunis masa kini yang masih aktif berkarya tanpa mengenal erti jemu. Sehingga hari ini, kartunis Lat telah menghasilkan 26 koleksi karya kartun.
Beliau juga telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai pengiktirafan terhadap jasanya menghasilkan seni kreatif dalam bentuk kartun yang disifatkan mempunyai unsur komedi intelek. kartun beliau juga benar-benar memaparkan tentang budaya tempatan.

Paling membanggakan apabila Koleksi kartunnya iaitu ‘kampung Boy’ telah dicetak dalam pelbagai versi bahasa seperti versi bahasa Jepun, Perancis dan Inggeris. Bakat kartunis Lat sememangnya cukup signifikan di kalangan peminat kartun di Malaysia dan Asia. Minat dan bakat melukisnya mula mendapat galakan awal daripada bapanya iaitu dengan membawa balik kertas-kertas terpakai daripada pejabatnya.
Perjalanan seninya sememangnya cukup panjang dan laluan yang beliau tempuhi bukan semudah yang disangkakan. Sejak kecil lagi beliau gemar melukis dan sering duduk memerhatikan setiap benda yang berlaku di sekitarnya. Rakaman mindanya itu telah dipaparkan melalui karya-karya yang dihasilkannya, yang bertujuan menghiburkan dan sekaligus menyampaikan mesej tertentu.
Karya beliau mula mendapat pengiktirafan luar apabila karya beliau mengenai upacara berkhatan disiarkan oleh The Asia Magazine. Kartunis Lat membesar dan mencipta nama daripada hasil kreativitinya yang cukup unik dan menarik. Pemerhatiannya yang cukup tajam merakam kehidupan masyarakat sekeliling dan penggunaan isu-isu semasa melengkapkan lagi karya beliau agar lebih dekat dan terus hidup di hati pembaca. Tarikan utama kartunnya terletak kepada penghayatan watak, dan penggunaan objek tempatan yang berada di sekelilingnya. Beliau melihat cara hidup termasuklah cara makan, adat resam, dan gelagat pelbagai kaum di sekelilingnya bagi setiap karya-karya beliau.

Beliau berpandangan bahawa karya kartunnya perlu menjelaskan tentang budaya tempatan kepada orang luar.Di antara beberapa pengiktirafan yang beliau perolehi ialah :-Animasi ‘Kampung Boy’ memenangi Hadiah Siri TV terbaik dalam kategori Siri TV 13 di Annecy 99, Perancis.Hadiah Fukuoka kebudayaan Asia dalam bidang seni dan kebudayaan di Jepun pada 2002.Pada April 1994 di anugerahkan dengan Darjah Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Di antara Koleksi kartun beliau yang masih dijual hingga hari ini :-Be serious Lat.Better Lat than never.Budak KampungDr. Who?Kampung boy ; yesterday and today.Keluarga Mamat.Lat ang GangMat SomTown boyLots more Lat ( dan banyak lagi..)

Kesungguhan dan semangat jati diri yang ditunjukkan oleh kartunis Lat inilah yang perlu di contohi oleh setiap kartunis. Kartunis Lat juga telah membuktikan bahawa kartun berwajahkan Malaysia juga boleh diiktiraf dan mendapat tempat di peringkat Antarabangsa.
Di dalam petikan akhbar , kartunis Lat menyatakan bahawa dulu di Pasar Minggu Kampung Baru, terdapat perjumpaan yang sering diadakan golongan kartunis bagi berbincang dan bertukar pendapat tentang karya masing-masing. Ketika itu arwah Rejabhad dianggap sebagai penghulu dan sering menjadi tempat rujukan kepada kartunis muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang berkenaan. Manakala hubungan sesama kartunis agak erat serta sering mengambil berat kebajikan sesama sendiri.

Kini semangat seperti itu semakin hilang. Beliau meluahkan rasa terkilan kerana ada kartunis sekarang yang tidak mahu menghadiri majlis yang dianjurkan kartunis lain kerana kepentingan perniagaan. Bagi beliau – “Walaupun dalam perniagaan kita bersaing, bukan bermakna dalam kehidupan seharian kita mengambil sikap yang sama juga”.




Sejarah kartun di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Terdapat Dua akhbar yang menyiarkan kartun pada masa itu iaitu WARTA AHAD dan WARTA JENAKA.
Pada Mei 1936 WARTA AHAD edisi pertama telah diterbitkan. Kemudian pada september 1936 WARTA JENAKA pula diterbitkan.

Sejak itu, sejarah kartun Malaysia mula berkembang dan melahirkan ramai kartunis yang hebat seperti Raja Hamzah, K. Bali, Osman Kangkong, Mohd. Sallehuddin, Halim Teh, Yusuf Sharif dan Hashim Awang dan ramai lagi.

Pada tahun 60 an, muncul kartunis daripada Majalah FILEM yang ketika itu ada menyediakan ruangan kartun sebanyak dua halaman. Di situ, lahirlah Rejabhad, Lat, Shukur Lin, Ade, Mohd. Radi Hanif, Shahary, Wahidi dan beberapa nama lain.

WAK DOJER- merupakan karya kartun yang diterbitkan sendiri oleh Allahyarham Hussain Saad mendapat sambutan daripada para pembaca. Pada ketika itu juga beberapa kartunis lain berjaya menerbitkan komik kartun sendiri.

Pada tahun 1974- Majalah HA HU HUM yang diusahakan oleh Raja Kartun Malaysia, Allahyarham Rejabhad muncul di pasaran.

Pada tahun 1978 - kartunis Mishar, Jaafar Taib, Zainal Buang Hussein dan Azman Yusuf menerbitkan Majalah Humor Nasional -GILA-GILA. ketika itu Allahyarham Rejabhad dan Alim turut menyumbangkan karya mereka pada edisi sulung Majalah GILA-GILA.
Ketika inilah ledakan kartun berunsur satira mendapat tempat teratas di hati para pembaca.

Pada waktu itu, Dunia kartun Malaysia dihiasi karya-karya yang betul-betul menunjukkan identiti Malaysia yang unik. Stroke kartun yang dihasilkan oleh para kartunis juga mempunyai daya tarikan tersendiri dan berjiwa tempatan.
Ketika itu juga sudah ada komik-komik dari luar, Namun begitu pasaran komik dan majalah kartun tempatan tidak pernah terjejas. Unsur-unsur keunikan budaya, masyarakat, persekitaran dan sosio ekonomi tempatan tidak pernah dilupakan oleh kartunis dalam berkarya. Keaslian kartun kita juga jelas terserlah dan menarik perhatian pihak luar.


Kemunculan majalah GILA-GILA pada 1 April, 1978.

Dengan berpandukan konsep majalah MAD yang sedia popular di pasaran antarabangsa,
GILA-GILA terus meledak di pasaran. Cetakan pertamanya yang berjumlah 10,000 naskah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam penerbitan pada bulan-bulan berikutnya, permintaan ke atas GILA-GILA meningkat menjadi berkali ganda.

Kemunculan GILA-GILA jelas membawa dimensi baru bukan sahaja dalam dunia penerbitan tanahair, tetapi juga terhadap industri kartun keseluruhannya.

Walaupun sebelum wujudnya GILA-GILA telah ada majalah-majalah beridentitikan kartun dan komik, namun kebanyakannya tenggelam dalam lambakan majalah-majalah hiburan dan tabloid yang menguasai pasaran pada era itu.

Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, Creative Enterprise akhirnya memutuskan untuk menerbitkan GILA-GILA secara dua kali sebulan (bi-monthly) mulai February 1979 dan bermula dari saat itulah, Creative Enterprise bersama GILA-GILANYA tidak menoleh ke belakang lagi.Mengiringi penerbitan GILA-GILA pada awal penghujung 1970-an ialah sebuah lagi majalah yang dikhususkan untuk kanak-kanak iaitu BAMBINO. Majalah yang berpaksikan pendidikan ini turut menjadikan kartun dan komik sebagai sebahagian daripada medium utamanya. Selepas BAMBINO, Creative Enterprise menerbitkan pula majalah HUMOR dan kemudian diikuti oleh FANTASI.

GILA-GILA tidak sekadar diterima sebagai sebahagian daripada bacaan kebanyakan keluarga di Malaysia, malah menjadi rujukan setiap individu yang meminati dunia kartun, baik di kalangan bakal kartunis mahupun di kalangan golongan akademik. Majalah ini juga yang jumlah pengedarannya pernah mencapai 250,000 naskah setiap keluaran turut menjadi pencetus kepada kemunculan pelbagai majalah kartun lain yang berada di pasaran sekarang.

Dengan perkataan lain ia benar-benar menjadi paksi kepada perkembangan dunia kartun di Malaysia. (sumber: cesb.net)

GILA-GILA merupakan satu-satunya majalah kartun yang masih utuh dengan kartun gaya kemelayuan/ keMalaysiaan berbanding majalah kartun lain yang kebanyakkannya sudah taksub dengan gaya asing.


1st edition.png
 1 Comment 


52 CommentsChronological   Reverse   Threaded
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
GAMBAR DAN INFO EHSAN DARI "JIWA TEMPATAN" DAN CREATIVE ENTERPRISE.
schizinc wrote on Dec 3, '08
mak aaaaaaaaaaaaaaai...
ada lagi ker GG cover prebet badul tuh????
aku punya tak der dah pun....
kena hanyut banjir besar kat kedah 2,3 tahun lepas....
huhuhuhuh...
sedeeeeeeeeeeeey.....
sezali1970 wrote on Dec 3, '08, edited on Dec 3, '08
kira 'rare' dahni.....

kulit muka depan tu dari filem 'Nasib Si Badul'......

bhgn fav. aku pulak ialah 'Lipat Lepat'. hehehehehe
schizinc wrote on Dec 3, '08
tu kat cover belakangkan????
lipat lepat...
hehehehe...
otaklu wrote on Dec 3, '08
masa sekolah dulu gua selalu share duet beli GG dgn abg gua..
malah kitorg selalu beli buku2 yg GG Creative keluarkan..
banyak gak yg dijadikan koleksi..

bg gua sendiri GG dulu memang tiada tandingannya..
gelihati, batu api sume xleh celen GG time tu..

kartub yg gua paling suka ialah pendekar jaki dan aza punya kartun tanpa dialog..
2 org kartunis ni antara idola gua sehingga sekarang gua ditahun akhir pengajian di fakulti senilukis dan senireka UITM..
karya2 mereka juga lah yg menjadi inspirasi gua untok melukis..

hr tu kartunis2 generasi baru GG ada sewa 1 port kt gerai2 jualan kat PKNS shah alam..
gua tanya kemana pegi nya si Asan???
diorg jawap "Asan skrg biznez rumah urut"..
hehe.. mesti diorg gurau tu..
hehe..

sehingga sekarang penangan GG membuatkan gua xbrapa leh terima majalah kartun laen meskipon majalah ujang sekalipon..
GG 80-90an tetap dihatiku.. :)
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
betul....walaupun konsepnyasebijik tiru majalah MAD.

tapi ianya tetap majalah humor terunggul.

harga edisi pertama masa tu seringgit je senaskah.
sezali1970 wrote on Dec 3, '08, edited on Dec 3, '08
GILA-GILA TERBARU - Edisi Raya Korban.
otaklu wrote on Dec 3, '08
btol bro..
walopon GG penah dikatakan majalah perosak minda pelajar sekolah masa 80-90an, gua tetap beli..
kerana siapa yg kenal GG, pasti tau ada "isi" dlm kartun2 nya..
org cuma ckp GG perosak minda..
tapi mereka x kenal GG sedalam2nya..

GG x sama mcm majalah katun laen..
sama lah mcm cite komedi P Ramlee dgn cite2 komedi skrg..
begitulah perbandingannya GG dgn majalah2 kartun laen..
sezali1970 wrote on Dec 3, '08, edited on Dec 3, '08
Majalah humor masa tu yang jadi saingannya "GELIHATI".
tapi masih tak dapat lawan populariti majalah GILA GILA ni.
burnmarkz wrote on Dec 3, '08
tapi bila ujang dan apo keluar.. maka tenggelamlah gila-gila...

tema kasih bro zali atas info yang panjang lebar ni
otaklu wrote on Dec 3, '08
sampai bila2 pon gua x bleh lopa kartun Pendekar Jaki..
dgn kampong Seri Metalika Jaya nya..
hehehe..
memang besttt!!!
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
tapi bila ujang dan apo keluar.. maka tenggelamlah gila-gila...

tema kasih bro zali atas info yang panjang lebar ni
nak panjangkan lagi info, boleh.

hehehehehe.
burnmarkz wrote on Dec 3, '08
eh ckupla tu.. ni pun tak terbaca dah.. he he
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
hehehehe.
burnmarkz wrote on Dec 3, '08
hahaha tgelak sorg plk tgk katun ni.. hehe

adus pale semak je ni.. takde katun lagi ke bro zali?

pardians wrote on Dec 3, '08
Teringat balik masa zaman persekolahan dahulu bila tengok majalah2 ni..uhu..uhu..uhu..mana sudah semua kawan2 ku masa persekolahan dahulu..harap2 Allah temukan aku dgn mereka semua..
puteradarultakzim wrote on Dec 3, '08
majalah gila2 dulu2....mesti ada iklan rokok kat belakang(sebelum ada lipat lepat tu)
puteradarultakzim wrote on Dec 3, '08
paling aku suka dulu...Dan Din Don...Ayup Tulakang...Pendekar Mata Tiga...heuheuehuheuehu
kr31 wrote on Dec 3, '08
aku sekeluarga meninat gila-gila.....
auze wrote on Dec 3, '08
tanya budak2 sekitar 80an..time skolah..

dorang boleh jadi GILA tak bile baca GG ni ??

sure dorang mengangguk punya...hehe

GG the real humor ...

pendekatan yang besar untuk orang Melayu...

bestttttttt....

aku nak collect balik semua kalau ade jual..........
aalternative wrote on Dec 3, '08
terima kasih zali..
aku baca semua benda yg ko letak sini.

aku mula baca GG sjk mula pandai mengeja..
mmg nostalgia...

sezali1970 wrote on Dec 3, '08
hehehe. kena tanya kat Creative Enterprise kalau mereka ada simpan lagi......
aalternative wrote on Dec 3, '08
tambahan:
teringin baca balik Don: Hikayat Awang Incredible
auze wrote on Dec 3, '08
hehehe. kena tanya kat Creative Enterprise kalau mereka ada simpan lagi......
ade disediakan no telefon tak ?
teruja sangat nak baca sume ni balik ah
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
auze said
ade disediakan no telefon tak ?
teruja sangat nak baca sume ni balik ah
Creative Enterprise Sdn Bhd
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2282 4970
Fax: +603-2282 4967
smile6670 wrote on Dec 3, '08
jenguk2
sezali1970 wrote on Dec 3, '08
sila2
auze wrote on Dec 4, '08
Creative Enterprise Sdn Bhd
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2282 4970
Fax: +603-2282 4967
terima kasih bro..

akan dicontact
strinx84 wrote on Dec 4, '08
fuh ko ader semua ker nih
shaiakma wrote on Dec 5, '08
info yg menarik.....tak pernah tahu pun pasal latar belakang kartunis2 ni...terima kasih Sezali....
glitzymum wrote on Dec 5, '08
i dibesarkan dengan majalah gila2, ujang etc...tan tin tun, ayob anak tulakang....etc etc..tks zali for the info abt the kartunis....dah skrg baru tau...:)
sezali1970 wrote on Dec 5, '08
sama sama......info utk dikongsi bersama
fara1705 wrote on Dec 26, '08
dulu masa sekolah suker baca nihh...now daa kurang! eheheheheheh
fazi73 wrote on Jan 15, '09
tq bagi info pasal kartunis2 ni. seronok lak baca ......
bassist4hire wrote on Jan 20, '09
Dulu masa aku budak, pelik gak apsal ada satu besen besar bawah katil. Bila aku selongkar, rupa-rupanya koleksi Gila-Gila arwah bapak aku. Satu-satu aku baca sambil buat lipat-lepat. Klimaks dia, masa aku nak periksa, mak aku pergi bakar semua koleksi tu..huhuhu.

Iklan rokok kat belakang majalah tu kalau tak silap Perilys. Cukup bengang kalau ada iklan kat belakang pasal mesti takde lipat-lepat. Memang sangat2 sentimental dengan Gila-Gila ni.

"Perkataan yang diboldkan adalah tidak sesuai digunakan untuk kegunaan seharian. kami percaya bahawa pembaca Gila-Gila adalah orang yang bijak-bijak belaka"<----kata-kata peringatan yang selalunya ada kat bawah kolum Geromal atau PST..huhuu
aziz6675 wrote on Feb 6, '09
majalah humor yang yang tak pernah jatuh standard.....bacalah untuk kurangkan stress
sezali1970 wrote on Jun 3, '09
ya betul tu....
mawarqaseh wrote on Jun 3, '09
wow menarik. maklumat ni...satu je nak kongsi info......kalau tak silap .Cabai tu akak Penyanyi kump.blackrose...nama dah lupa...sori...
sezali1970 wrote on Jun 3, '09
cabai akak kepada ajin blackrose
mawarqaseh wrote on Jun 3, '09
betul betul.. betul
xghoul wrote on Oct 16, '09
skitar taun 80an org2 tua mare btul..katanye bole jadi gila tapii tu atr sbb utama aku yg x minat sejarah bole lulus...bangga dgn Tombak Awang, pulang ke Dayang..ingat lagi x?
bellasu wrote on Nov 2, '09
mishar tu sape lak???
matakanan wrote on Feb 18, '10
bangga aku sebab ada otai dalam bidang kartun ni asal dari kampung aku, Tanjung Rimau Dalam. Sape lagi kalu bukan Jaafar Taib...hehe
tak lupa gak, al-Fatihah kpd Allahyarham Hussein Abu Hassan yg juga berasal dari kampungku yang terchenta...
Jamal - Jalan Raja Chulan, KL
bloodself wrote on May 19, '10
MISHAR ialah Mior Shariman-pengasas GG dan Batu Api,juga bekas kartunis di DBP.Paling best kartunnya di Dewan Pelajar terbitan DBP[70an] bertajuk Professor Tuk-Tuk.Kalau di GG kartunnya yg paling terkenal adalah ASMARADANA.-BLOODSELF.
bloodself wrote on May 19, '10
Aku juga minat kartunis Allahyarham Mojo yg seangkatan dgn Jaafar Taib tapi dia melukis di Geli Hati.Penyanyi POE [ rampa] telah meniru bulat-bulat kartun beliau.
Comment deleted at the request of the author.
Comment deleted at the request of the author.
bloodself wrote on May 19, '10
Ramai
bloodself wrote on May 19, '10
juga
imanshauqah79 wrote on Oct 31, '10
ada x koleksi kartun yg dilukis oleh nik nordin-MN(allahyarham)???
zainudinj14 wrote on Feb 7, '11
nostalgia
Add a Comment
   

Sir Zali



mrsezali@yahoo.com.my





LP MELAYU DI CARI:


Jika anda mempunyai piring hitam
melayu yang terbiar dan ingin
menjual atau ingin mendengar
kembali koleksi tersebut,
sila hubungi saya.

Saya ingin membelinya
dan di samping itu saya juga
menyediakan servis perkhidmatan
ke bentuk digital
yang membolehkan anda dapat
mendengar kembali album-album
tersebut.

mrsezali@yahoo.com.my